Khamis, 20 Jun 2013

Ada apa dengan PLKN??
1.Apakah keuntungan negara dengan program ini?
2.Adakah program ini benar-benar mendatangkan hasil?
3.Adakah peserta yang mengikuti(kalau tak ikut kena hukum) program ini mampu hidup senang selepas keluar?
4.Apakah kerajaan menjanjikan kesenangan dan jawatan kepada bekas peserta program ini?
5.Apakah kerajaan tidak terfikir dengan adanya program ini tidak akan menyusahkan sebahagian kecil keluarga peserta?
6.Adakah kerajaan melaksanakan program ini sekadar mahu meniru program negara lain?

Sampai mulut bebuih memang persoalannya belum habis.Saya ada pernah lihat bekas peserta yang mengikuti program ini gembira dan puas hati.Seronok mengenali kawan baru dan dapat pergi ke tempat yang belum pernah dilawati.Ceritanya bermula disini..untuk pelajar yang mendapat keputusan yang teruk dan cemerlang.Tahu kan apa bezanya teruk dan cemerlang?.untuk pelajar yang teruk agak susah untuk melanjutkan pelajaran.Jadi proses mencari tempat pengjian memakan masa yang panjang.Untuk pelajar yang cemerlang akan ada banyak tawaran yang datang.Disini la segala persiapan lebih awal perlu dilakukan.Memang keputusan SPM diumumkan lebih kurang 3 bulan.Itu saya sedar tapi untuk keluarga yang susah tempoh 3 bulan itu jangka masa yang pendek untuk persiapan bagi anak mereka yang cemerlang.Masalanya adalah program ini akan menyekat persediaan mereka dengan peserta sesi pertama,kedua dan seterusnya.Kalau tak pergi pula kerajaan akan hukum.Apakah ini paksaan untuk rakyat yang memang tidak mahu mengikuti program ini.Kerajaan harus tahu bukan mereka yang mengatur hidup tiap bakal peserta.Jadi ada bakal peserta yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.Mungkin kerajaan berlembut hati untuk menangguh kehadiran mereka.Tapi dengan menangguh ini,adakah akan membuatkan mereka senang?.Kerajaan memang cakap senang la.biar keluarga jaga atau suami yang jaga.Kalau peserta tu serentak dipanggil macamana?Saya sudah malas untuk menaip panjang lebar.Nak lenguh jari ni nak taip semua yang bermain difikiran.Mansuhkan PLKN !!!.Duit peruntukan untuk program ni banyak lagi perkara berfaedah yang boleh dilakukan.Sendiri fikirlah apa yang berfaedah...takan saya sebagai orang bodoh nak terang pada orang yang terpelajar.Pendek kata dari saya.PLKN lebih banyak menyusahkan.MANSUHKAN PLKN !!!!Berfikir diluar kotak pemikiran seorang pemimpin barang sejenak.Fikirlah atas dasar orang berumur 18 tahun yang merempat dan berkeluarga untuk menyelami betapa program ini lebih menyusahkan.

Saranan kepada kerajaan jika ingin meneruskan program ini:
1.Peserta adalah pelajar sekolah Henry Gurney/juvana
2.Remaja yang suka merempit,penjenayah,penagih dadah
3.Remaja yang tercicir pelajaran
4.pelajar yang ingin mengikuti prigram ini semula

Jumaat, 14 Jun 2013

saya tetap begini!!!bukan ada perubahan pun!!!hidup tetap susah juga cari makan.Ahli politik yang da berganti hidup senang lenang hasil titiik peluh rakyat mengundi.Ahli politik yang tewas pula sudah siap sedia dengan kelengkapan sebelum tewas.Da boleh agak da permainan ni.Sebelum pilihanraya macam-macam pula kempan untuk menarik pengundi.Pada parti yang tewas tu ada cara terbaik untuk anda menang.Caranya adalah penyelesaian pada gaji tiap pekerja agar semua rakyat Malaysia mampu hidup senang.Sebagai ahli politik korang kena la fikir.Memang saya tau hal ni memang sangat susah tapi jika anda mampu mencari penyelesainya,pasti anda akan mudah menang dalam pilihanraya akan datang.Kerajaan sedia ada memang sudah banyak menolong rakyat tapi adakah semuanya sudah mampu hidup senang.Cuba fikirkan cara kerajaan dengan menyediakan rumah mampu milik dan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak.Jika kita tengok seimbas saja mesti kita akan berterima kasih kepada kerajaan.Tapi bagi saya pula lain..saya masih belum berpuas hati dengan semua ini kerana saya tetap berasa susah.Fikirkan secara realitinya.Dengan alasan rumah mampu milik...dengan peluang pekerjaan yang banyak.Walaupun peluang pekerjaan yang banyak seperti butir-butir pasir di pantai dengan gaji setakat RM500-RM1000 nak kemana la sangat dengan kos hidup yang semakin meningkat.Tak percaya buat la kajian pada kebanyakan pekerja kilang.Rumah mampu milik pula mana la akan ada harga RM20 tiap bulan.Paling rendah pun mungkin ada la dalam RM100 saja dengan keadaan rumah yang sempit.Bagi mereka yang bergaji RM500 tu,kalau rumah da RM100,kira la sendiri berapa yang tinggal.Tu belum masuk bil air,letrik dsb.Kesimpulannya hanya sebahagian saja dapat menikmati rumah mampu milik ni.Memandangkan saya bukan ahli politik rasanya tak payah saya nak terangkan panjang lebar.Faham-faham la sendiri.Realitinya sekarang masih ramai rakyat yang membuang undi untuk kesenangan ahli politik masih terhimpit kehidupan.terima kasih........PADA MEREKA YANG MUNGKIN MAMPU MENCARI JALAN PENYELESAIAN PADA GAJI PEKERJA TERHIMPIT SEPERTI SAYA.

Jumaat, 7 Jun 2013

Apa kata peminat bolasepak tempatan dengan keputusan perlawanan pertama Malaysia di Australia???Malaysia tewas 3-2 kepada kepada kelab tak ternama disana.Jurulatih negara boleh kata dia tetap puas hati dengan persembahan anak buahnya pula.Adoiiii...........apa la macam ni.Kalau nak puas hati tewas dengan Sepanyol mungkin boleh diterima,tapi ni dengan kelab tak ternama.Tak payah nak berlatih jauh-jauh,lawan dengan pasukan liga perdana dulu.Ntah lawan dengan pasukan liga perdana pun dah tercungap-cungap.Dengan Safiq kelaut dan safee tak menjadi mana la nak ada kualiti.Ini la liga Malaysia.Kalau nak salahkan Gopal pun tak la baik sangat sebab sukan bolasepak di Malaysia ni kan sukan politik.Pantang sangat dikritik.Ingat peminat kritik untuk menjatuhkan pasukan negara?.Bosan da dengan FAM yang asyik-asyik saman.Manja sangat semua orang kuat FAM.Alang-alang swastakan saja FAM ni.

Rabu, 5 Jun 2013

AKHIRNYA MALAYSIA TELAH  BERJAYA MENJUARAI PIALA DUNIA BUAT PERTAMA KALI SEJAK BOLASEPAK WUJUD DI DUNIA UNTUK TAHUN  ????(MIMPI SAJA TU)
adoi...ni dengar berita jurulatih bolasepak kebangsaan kita naik meluat pula sy.Cubalah jangan manjakan sangat nama-nama besar yang da merundum peristasinyanya.Ambik la pemain yang terbukti baik peristasinya.Tak kira la dorang main kat liga bawahan sekalipun.Kalau ambik pemain berdasarkan nama besar...adoi...mampus la.Lebih baik ambik jalaludin hassan ke...Rosyam Nor ke.Nama besar tuuuuu....pemain dengan nama besar tapi peristasi tak besar,sama dengan budak-budak sekolah rendah main bola.Tapi pemain dengan nama kecil tapi peristasi besar boleh menyuntik sedikit kualiti dalam pasukan kebangsaan.Maklumlah,secara realitinya negara kita masih ketinggalan dalam era bolasepak moden.Lagipun bolasepak negara kita ni kan...sikit-sikit saman,sikit-sikit saman.Pantang sangat dikritik.Pada pendapat saya la,lebih baik badan induk bolasepak kita diterajui oleh orang yang bukan ahli politik.Tak payah mereka yang mempunyai gelaran VIP.Biarlah mereka yang mentadbir itu adalah mereka yang mengundi dan bukan diundi.Bolasepak yang ketinggalan zaman seperti Malaysia perlu dikritik supaya peningkatan boleh dilakukan.Oleh itu hapuskanlah artikel yang menyebabkan bolasepak kita terus menjadi katak dibawah tempurung.Kalau kita kritik untuk kebaikan pun akan dikatakan melanggar peraturan...tak pun,memperlekehkan sultan.Saya da bosan dengan bolasepak Malaysia yang terlalu sukar untuk maju.Hanya yang kedengaran laungan MALAYSIA BOLEH!.Tapi hakikatnya kita dimana????Pasukan lain berusaha untuk mengangkat piala berulang kali,kita pula cukup sekali dengan piala suzuki.Ni baru piala suzuki,belum piala Ferrari.Nak cium bau main kat piala dunia pun ntah dapat ke tidak walaupun nak kiamat.

Selasa, 4 Jun 2013

untuk berjaya adalah sesuatu yang susah tapi untuk gagal sesuatu yang senang...seperti saya yang masih amatur dalam dunia blog ini